Translate

Monday, December 20, 2021

Mangsa banjir Terengganu kekal 288 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan 288 mangsa terlibat melibatkan dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, begitupun, senario banjir di Dungun sedikit baik dengan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Minda dibenarkan ditutup malam tadi.

“Dua PPS masih beroperasi di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

“Bilangan mangsa banjir yang ditempat di kedua-dua PPS juga masih kekal masing-masing 74 dan 71 orang,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, lima PPS yang dibuka di Kemaman semalam masih lagi beroperasi.

Beliau berkata, PPS tersebut ialah Dewan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, Dewan Sivik Air Putih, Surau Kampung Ban Ho, Masjid Tebak Batu 16 dan Balai Raya Lubok Megat.

“Kesemua PPS di Kemaman itu kini menempatkan 143 mangsa daripada 30 keluarga,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment