Translate

Tuesday, December 21, 2021

261 mangsa banjir di Terengganu

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit kepada 261 orang berikutan pembukaan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) pada tengah malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, PPS Dewan Orang Kampung Minda di sini telah dibuka setelah perkampungan tersebut mula dilanda banjir malam tadi.

“Setakat ini, seramai 13 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS berkenaan.

“Dua PPS lain yang kekal dibuka ialah Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raya dan Dewan Serbaguna Kampung Shukur di sini,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, seramai 177 daripada 64 keluarga menetap di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Tambah beliau, PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukur pula mempunyai 71 mangsa daripada 21 keluarga.

“Hujan masih turun di sebahagian kawasan di Terengganu manakala beberapa lembangan sungai di Dungun, Kemaman dan Kuala Nerus berada paras bahaya dan berjaya-jaya,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment