Translate

Tuesday, December 21, 2021

Banjir Terengganu semakin surut, mangsa tinggal 63 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Situasi banjir di Terengganu hari ini semakin pulih dengan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini hanya tinggal 63 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, cuaca cerah sepanjang hari membolehkan daerah Dungun dan sebahagian Kemaman pulih sepenuhnya daripada banjir.

“Lima PPS masing-masing dua di Dungun dan tiga di Kemaman telah ditutup dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Kesemua PPS terbabit dikosongkan pada pukul 11 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, tiga PPS yang masih beroperasi ialah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Surau Kampung Ban Ho dan SK Bukit Mentok di sini.

Tambah beliau, seramai 39 mangsa masih ditempatkan di Surau Kampung Ban Ho, SK Bukit Mentok (15 orang) dan SK Lembah Jabor (sembilan orang).

“Kita menjangkakan banjir akan semakin reda sekiranya cuaca berterusan cerah dalam tempoh beberapa hari ini,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment