Translate

Saturday, December 11, 2021

2 beradik maut, motosikal terlanggar lori mengundur

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Dua beradik termasuk seorang pelajar sekolah maut setelah motosikal Honda Beat dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Kampung Pelandan-Cheting berhampiran Sekolah Kebangsaan Cheting di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.25 petang itu, Muhammad Haiqal Abdullah, 18, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, adik penunggang motosikal tersebut, Muhammad Izman Hamidi, 16, yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Indera di sini pula maut akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Beliau berkata, sebelum kejadian, pemandu lori yang berusia 32 tahun telah memberhentikan kenderaan beratnya untuk makan tengah hari di sebuah gerai di tepi jalan.

“Sebaik selesai makan tengah hari, lelaki itu menghidupkan enjin lorinya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Pelandan di sini.

“Sewaktu lori itu mengundur, motosikal Honda Beat dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan telah terlanggar bucu belakang kenderaan berat itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, sebaik menyedari lorinya sudah dilanggar, pemandu lori itu segera turun dan mendapati kedua-dua beradik terbabit telah terbaring berlumuran darah di atas jalan.

Beliau berkata, mayat Muhammad Haiqal dan Muhammad Izman Hamidi yang menetap di Kampung Cheting di sini telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment