Translate

Thursday, December 9, 2021

Mangsa banjir Terengganu tinggal 140 orang

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Senario banjir di Terengganu sedikit pulih pagi ini dengan bilangan mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 140 orang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, satu lagi PPS di Setiu iaitu Masjid Kampung Merbau Menyusut telah ditutup mulai pukul 8.50 malam tadi.

Beliau berkata, setakat ini, tujuh PPS masih dibuka iaitu empat di Setiu, Kuala Nerus (dua) dan Besut (satu).

“Setiu kekal daerah paling terjejas dengan 96 mangsa daripada 43 mangsa masih ditempatkan di PPS terlibat.

“Seramai 34 mangsa daripada tujuh keluarga pula terjejas dengan banjir di Kuala Nerus manakala Besut mempunyai 10 mangsa daripada empat keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, pemantauan di lembangan sungai utama di tiga daerah terlibat juga mendapati ia menunjukkan trend penurunan.

Begitupun katanya, langkah berjaga-jaga masih diambil memandangkan hujan masih turun di sebahagian tempat dan fenomena air pasang besar masih berlarutan sehingga 13 Disember depan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment