Translate

Monday, December 13, 2021

Jalin kerjasama pasar beras edisi istimewa Kerteh FC

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Syarikat pengeluar beras cap Buah-Buahan, Yacob Tahir Enterprise Sdn. Bhd. menjalin kerjasama dengan kelab bola sepak, Kerteh FC bagi memasarkan edisi istimewa beras Premium Super Import.

Ketua Pegawai Eksekutif Yacob Tahir Enterprise, Mohamad Adam Suffian Yacob berkata, kerjasama itu membolehkan logo, warna rasmi Kerteh FC digunakan pada bungkusan beras edisi istimewa berkenaan.

Beliau berkata, elemen rasmi Kerteh FC juga akan digunakan pada kenderaan pengangkutan milik syarikatnya seperti lori.

“Logo beras Cap Buah-Buahan pula akan diletakkan pada lengan jersi utama Kerteh FC.

“Yacob Tahir Enterprise yakin kekuatan jenama Kerteh FC sebagai sebuah kelab bola sepak komuniti yang mencipta nama buat masa ini,” katanya selepas menandatangani perjanjian tersebut di Kerteh di sini hari ini.

Kerteh FC yang juga juara Liga Amatur Terengganu 2019 dan beraksi pada Liga M4 pula diwakili Presidennya, Mohd Razeman Mat Nashim.

Mohamad Adam Suffian berkata, kerjasama dengan Kerteh FC merupakan inisiatif syarikatnya memanfaatkan pemasaran melalui medium sukan bola sepak.

Tambah beliau, beras Premium Super Import cap Buah-buahan edisi istimewa Kerteh FC tersebut boleh didapati di kedai-kedai runcit terpilih di sekitar daerah ini. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment