Translate

Monday, December 20, 2021

Banjir: 286 mangsa di Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN


KEMAMAN – Bilangan mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 286 orang daripada 66 keluarga.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, peningkatan itu adalah selepas Kemaman kembali terjejas tidak sampai 24 jam selepas air surut semalam.

Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Kemaman iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor, Dewan Sivik Air Putih, Surau Kampung Ban Ho, Masjid Tebak Batu 16 dan Balai Raya Lubok Megat.

“Kesemua PPS itu menempatkan 128 mangsa daripada lima perkampungan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, tiga PPS kekal dibuka di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Dewan Orang Ramai Kampung Minda.- K! ONLINE

No comments:

Post a Comment