Translate

Thursday, December 16, 2021

Bilik usang ‘syurga’ empat beranak

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Malang menimpa seorang wanita dan tiga anaknya apabila terpaksa berlindung di sebuah bilik usang sejak setahun lalu selepas diarahkan keluar dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa bulanan di Kampung Sungai Rakit, Chalok Kedai di sini.

Nor Maizatul Othman, 38, berkata, dia mengalami masalah kewangan ekoran dilanda ke­sem­pitan hidup ekoran pandemik Covid-19 hingga memaksa­nya membawa tiga anaknya tinggal di bilik yang terletak di belakang warung tempatnya bekerja.

Katanya, mereka dibenarkan menumpang di bilik seluas 0.93 meter persegi itu oleh tauke warung tempat dia bekerja atas dasar simpati.

"Saya bekerja di warung itu dengan pendapatan RM500 sebulan dan tidak mampu membayar sewa rumah. Sebab itu kami diarahkan keluar.

“Saya bagaimanapun ber­syukur kerana masih mempunyai tempat berteduh biarpun tidak dilengkapi bekalan elektrik,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambahnya, bilik itu sudah usang dengan sebahagian bumbungnya telah bocor hingga me­ngakibatkan kami terkena tempias jika hujan lebat sepanjang musim tengkujuh ketika ini.

“Saya sejujurnya mengimpikan kediaman selesa untuk keluarga. Harap ada pihak bersimpati yang dapat membantu kami,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan di akaun bank Bank Simpanan Nasional milik Nor Maizatul bernombor 0211-3410-0009-2684 atau menghubungi di talian 018-916 7465. -K! ONLINE

No comments:

Post a Comment