Translate

Tuesday, December 14, 2021

Gempar jumpa ular sawa 250 kilogram di tapak pembinaan

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Sekumpulan pekerja sebuah tapak pembinaan di Sungai Kerak di sini gempar dengan dua ekor ular sawa batik termasuk bersaiz gergasi seberat 250 kilogram (kg) semalam.

Ular sawa betina seberat 250 kg dijumpai berlingkar di dalam sebuah lopak air di tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Nangka pada pukul 2 petang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang, Mujahid Abd. Wahab berkata, ular sawa betina sepanjang kira-kira tujuh meter itu telah dijumpai seorang pemandu jengkaut yang sedang mengorek tanah di tapak pembinaan terbabit.

“Penemuan itu terus dimaklumkan kepada APM Marang yang kemudiannya bergegas ke lokasi.

“Oleh kerana saiznya terlalu besar, tiga anggota APM Marang terpaksa mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkapnya dari lopak air berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabat APM Marang di sini hari ini.

Mujahid berkata, ular sawa gergasi itu tidak agresif kerana sudah mengalami kecederaan pada bahagian badannya akibat terkena mata jengkaut.

Tambah beliau, tidak lama kemudian, APM Marang menemui seekor lagi ular sawa batik seberat 100 kilogram dan sepanjang kira-kira empat meter tidak jauh dari lokasi ular sawa pertama ditangkap. – K! ONLINE.

No comments:

Post a Comment