Nahas pada pukul 12 tengah hari tersebut dikatakan berpunca daripada tali penyokong tercabut menyebabkan bot berkenaan terjatuh pada ketinggian tinggi.
Tiga mangsa yang disahkan meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28; Nik Muhammad Hafifi Asri Ab. Majid, 37; dan Ahmad Fikri Zakaria, 38.
Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Muhammad Taufik Mohd. Ruslan, 36.
Kesemua mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Mangsa yang cedera pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.
Setakat ini wakil syarikat pelantar minyak dan pihak berkuasa masih belum membuat apa-apa kenyataan. – KOSMO! ONLINE

No comments:
Post a Comment