Translate

Saturday, May 9, 2026

Simpanan hampir RM900,000 lesap diperdaya ‘scammer’

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu takut digertak kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang peniaga kerugian RM882,920 selepas diperdaya sindiket penipuan.

Lelaki berusia awal 50-an tersebut yang menyedari ditipu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 12.36 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa dihubungi individu tidak dikenali sewaktu berada di rumahnya di bandar raya ini pada 23 Mac lalu.

“Mangsa terkejut apabila suspek yang mendakwa wakil syarikat takaful memaklumkan dia membuat tiga tuntutan perubatan palsu.

“Dia menafikan dakwaan itu sebelum diarahkan membuat laporan secara dalam talian. Panggilan seterusnya disambungkan kepada individu lain kononnya pegawai polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azli berkata, lelaki bersebut kemudian diarah membuka dua akaun bank baharu sebelum diminta mendedahkan butiran perbankan tersebut.

Suspek seterusnya mengarahkan peniaga tersebut memindahkan kesemua simpananannya termasuk Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia – Wawasan (ASW) ke dalam dua akaun bank kononnya bagi tujuan penyiasatan.

“Semakan mendapati simpanan di kedua-dua akaun bank itu berkurangan secara drastik tanpa pengetahuan mangsa sejak 29 Mac hingga Isnin lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment