Translate

Friday, May 22, 2026

Sedut minyak petroleum mentah sebelum jual 70 sen seliter

 

DUNGUN – Perbuatan seorang pekerja syarikat penyelenggaraan menjual minyak petroleum mentah yang disedut secara haram dari loji penapisan terbongkar selepas premis penyimpanan bahan bakar itu diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara di Taman Perindustrian Paka di sini kelmarin.

 Serbuan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada pukul 12.30 tengah hari itu menemukan 86,000 liter minyak petroleum mentah dipercayai dicuri lelaki berusia 45 tahun tersebut. 

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, siasatan awal mendapati, barangan itu dijual semula kepada pembeli industri pada harga 70 sen hingga RM1 seliter.

 Suspek merupakan pekerja syarikat penyelenggaraan yang dilantik menyelenggara terminal minyak milik sebuah syarikat minyak dan gas di Paka di sini. 

“Suspek mengaku menyedut sisa minyak petroleum mentah setiap kali melakukan kerja penyelenggaraan di terminal penapisan sejak awal tahun lalu,” katanya. 

Minyak petroleum mentah itu kemudian diasingkan daripada air mengguna mesin sebelum dibawa ke premis sewaan. Pihak berkuasa merampas 20,000 dan 6,000 liter minyak petroleum mentah, pam minyak dan hos bernilai RM225,0000. 

Semakan mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen untuk menyimpan barangan itu dan kes disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Undang-undang kecil Perlesenan Tred, perniagaan dan perindustrian Majlis Perbandaran Dungun.

No comments:

Post a Comment