Translate

Thursday, May 28, 2026

Kerugian sebelum cukai TDM turun

 KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Berhad berjaya mengurangkan kerugian sebelum cukai (LBT) kepada RM8.9 juta pada suku pertama tahun berbanding RM22.4 juta pada suku sebelumnya.

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, pengurangan LBT tersebut didorong oleh peningkatan 34 peratus hasil iaitu RM174.5 juta dalam tempoh tersebut.

 Beliau berkata, Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) TDM pada suku pertama tahun ini juga meningkatkan 16.6 kali ganda kepada RM15.3 juta.

 “Ia mencerminkan penambahbaikan prestasi operasi merentas segmen teras iaitu perladangan dan penjagaan kesihatan. 

“Begitupun suku pertama tahun ini masih mencatat LBT berikutan tekanan margin dalam kedua-dua sektor utama terbabit,” katanya di sini semalam. 

Najman berkata, biarpun keuntungan dalam sektor perladangan kelapa sawit terjejas disebabkan kelembapan harga komoditi dan tekanan kos, volum pengeluaran sebaliknya menunjukkan pemulihan signifikan. 

Beliau berkata, pengeluaran tandan buah segar (FFB) telah meningkat 55 peratus seterusnya mendorong lonjakan jualan minyak sawit mentah (CPO) dan isirung sawit (PK) masing-masing kepada 93 dan 97 peratus. 

“Bahagian Penjagaan Kesihatan pula menunjukkan daya tahan dengan pertumbuhan stabil dalam jumlah pesakit serta kapasiti perkhidmatan.

 “Kemasukan pesakit yang dirawat di dalam wad meningkat lima peratus, manakala penerimaan pesakit luar juga menaik tujuh peratus,” katanya.

No comments:

Post a Comment