Translate

Thursday, May 28, 2026

4 peminat harumanis kena tipu

 

KUALA TERENGGANU – Sindiket penipuan dikesan mengambil kesempatan musim harumanis untuk memperdaya peminat mangga tersebut. 

Sejak 18 April lalu, seramai empat individu di bandar raya ini menjadi mangsa scam yang menggunakan modus operandi sama membabitkan kerugian berjumlah RM70,000. 

Dalam kes terbaharu, seorang penjawat awam berusia 54 tahun mengalami kerugian sebanyak RM38,090 selepas ditipu scammer ketika membeli buah tersebut secara dalam talian kelmarin.

 Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa tertarik untuk membeli harumanis selepas melihat iklan di Facebook sebelum menghubungi nombor telefon yang tertera.

 “Mangsa yang berada di pejabatnya ketika kejadian kemudian diberikan pautan. Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa kemudian mengisi butiran peribadi dan juga maklumat perbankan. 

“Lelaki itu berasa cemas apabila mendapati wang simpanan di dalam akaun banknya dipindahkan ke dalam akaun pihak ketiga tanpa pengetahuan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam. 

Menurut Azli, pemindahan wang itu dilakukan menerusi tujuh transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza dalam masa lapan minit bermula pada pukul 1.28 tengah hari kelmarin.

 Jumlah kerugian adalah sebanyak RM38,090.

No comments:

Post a Comment