Translate

Saturday, November 14, 2020

Remaja maut terkena renjatan elektrik

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar tingkatan satu maut dipercayai akibat tekena renjatan elektrik ketika sedang menangkap ikan di kawasan parit di belakang rumahnya di Kampung Batang Gergasi, Apal, Jerteh, Besut kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, Muhammad Azan Firdaus Mansor, 13, sempat menjerit meminta pertolongan datuknya sebelum rebah akibat terkena renjatan elektrik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan remaja tersebut menggunakan teknik renjatan elektrik untuk menangkap ikan sewaktu kejadian.

"Sewaktu kejadian, mangsa dikatakan menangkap ikan seorang diri di kawasan parit di belakang rumah sebelum menjerit kesakitan selepas terkena renjatan elektrik.

"Datuknya yang berusia 62 tahun yang berada di dalam rumah bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati cucu lelakinya tersandar di tepi parit dalam keadaan tercungap-cungap," katanya di sini semalam.

Abdul Rozak berkata, Muhammad Azan Firdaus tidakkan sedarkan diri tidak lama kemudian sebelum pemeriksaan pegawai kesihatan tidak lama kemudiannya mengesahkan  telah meninggal dunia.

Beliau berkata, pemeriksaan pada badan mangsa tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan.

Katanya, laporan bedah siasat di Unit Forensik Hospital Besut mengesahkan punca kematian disebabkan renjatan elektrik.

No comments:

Post a Comment