Translate

Saturday, November 14, 2020

Beraya di luar rumah, bungkusan nasi beriani kambing buat tetamu Deepavali

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Keluarga M. Ramachandran, 71, mempunyai cara tersendiri untuk merayakan Deepavali hari ini dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ramachandran berkata, mereka yang menetap di Flat Kolam di sini mengambil inisiatif membungkus nasi beriani kambing untuk diberikan saudara-mara, jiran dan sahabat handai yang tidak boleh mengunjungi rumahnya seperti kebiasaan.

Beliau berkata, dia sekeluarga tidak dapat menerima ramai tetamu kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKPB, rumahnya yang seluas 13.56 meter persegi dihadkan 10 orang sahaja pada satu-satu masa.

“Saya sekeluarga termasuk cucu sahaja sudah tujuh orang. Jadi kami hanya berbual mesra sebentar dengan tetamu di depan rumah sebelum memberi mereka bungkusan nasi beriani kambing untuk dimakan di rumah masing-masing.

“Selain itu, saya juga menerima banyak ucapan menerusi panggilan telefon dari saudara mara dan sahabat handai,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Ramachandran berkata, walaupun agak terkilan kemeriahan Deepavali kali ini agak terencat kerana tidak dapat meraikan tetamu seperti kebiasaan, dia sekeluarga akur demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Ujarnya, beliau dan isteri, M. Pusparani, 60, menyambut Deepavali bersama tiga daripada empat anaknya termasuk anak sulung, Muhammad Syafiq Suresh, 41, yang telah memeluk Islam sejak 18 tahun lalu. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment