Translate

Sunday, November 8, 2020

Pusat pameran jualan kereta rugi RM1 juta, tiga kenderaan dilarikan penjenayah


Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sebuah pusat pameran jualan kereta kerugian hampir RM1 juta selepas premis itu dipecah masuk penjenayah di Jalan Bukit Kecil di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.15 pagi, tiga kenderaan pelbagai jenis iaitu dua jenis Toyota Alphard dan sebuah Toyota Vellfire telah hilang dilarikan penjenayah berkenaan.

Seorang saksi, Hanizam Yatim, 52, berkata, dia perasan seorang lelaki berusia 60-an tidak memakai seluar dengan kedua-dua tangan dan kakinya berikat dengan tali di hadapan pagar pusat pameran jualan kereta tersebut pada pukul 7.30 pagi.

Dia berkata, sewaktu itu, dia baru membuka kedainya yang terletak berhampiran dengan pusat jualan kereta berkenaan.

“Lelaki tersebut meminta pertolongan tetapi tiada seorang pun yang membantu. Saya takut mendekati lalu mengambil gambarnya menggunakan telefon bimbit.

“Saya menghantar gambar itu kepada kerani pusat jualan kereta itu yang kemudiannya mengesahkan lelaki itu pengawal keselamatan premis tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Hanizam berkata, dia juga pelik pintu pagar pusat jualan kereta berkenaan sudah terbuka awal tidak seperti kebiasaan sebelum mengetahui premis berkenaan sebenarnya telah dipecah masuk. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment