Translate

Monday, November 9, 2020

Burhanuddin Hilmi dilantik Pengarah Eksekutif Terengganu Inc

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Bekas Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Zetro Aerospace Corporation, Burhanuddin Hilmi Mohamed @Harun dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) berkuatkuasa Ahad lalu.

Beliau mengisi kekosongan yang dtinggalkan Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak yang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc sejak empat tahun lalu.

Burhanuddin Hilmi yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan pengkhususan Perniagaan Antarabangsa dari University of Leeds, Britain mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang perakaunan, kewangan korporat dan khidmat nasihat pernigaan.

Beliau juga berpengalaman menjawat beberapa jawatan penting dalam syarikat berkaitan minyak dan gas, pembuatan dan penerbangan.

Antaranya sebagai Pengarah Chartridge Conference Company Ltd (UK) serta Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di Westar Aviation Services Sdn. Bhd. dan Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd.

Sementara itu Pengerusi Terengganu Inc, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Moktar berkata, beliau menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan Burhanuddin Hilmi
untuk neneruskan kemampanan dan daya saing anak syarikat kerajaan negeri Terengganu tersebut.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu mahu strategi perniagaan anak syarikat Terengganu Inc terus diperkukuhkan demi manfaat pelaburan untuk rakyat. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment