Translate

Monday, November 2, 2020

Lima tapak pembinaan Terengganu gagal patuhi SOP norma baharu diberi notis amaran

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu telah mengeluarkan notis amaran kepada lima pemaju tapak pembinaan di negeri ini yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Pengarah (JKKP) negeri, Mohd. Zahari Hitam berkata, tindakan tersebut diambil selepas pemantauan mendapati berlaku pelanggaran dalam SOP norma baharu ditetapkan kerajaan di kesemua tapak pembinaan berkenaaan.

“Lima tapak pembinaan yang dikenakan tindakan itu merupakan antara 20 yang telah diperiksa anggota penguat kuasa JKKP Terengganu di seluruh negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

“Kita memang sentiasa mengadakan pemantauan berkala agar memastikan semua pihak terlibat di tapak pembinaan termasuk buruh binaan sentiasa mematui peraturan mencegah Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Dialog Penggalakan Pusat Pengajar Penyelaras Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sini hari ini.

Mohd. Zahari berkata, pemaju tapak pembinaan dan pengusaha industri diseru agar sentiasa memberi penekanan terhadap kepatuhan SOP normal baharu sertackeselamatan dan kesihatan pekerja masing-masing.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, setakat ini, hanya 196 kakitangan daripada 11,886 syarikat yang terdapat di Terengganu telah mengikuti kursus KKP. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment