Translate

Tuesday, November 10, 2020

Rakan baik suspek kes bunuh Siti Nur Surya

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Remaja perempuan, Siti Nur Surya Ismail, 19, yang mati dalam keadaan ngeri di rumahnya semalam rupa-rupanya dibunuh oleh rakan baiknya sendiri.

Suspek yang merupakan bekas rakan sekolah Siti Nur Surya dipercayai melakukan perbuatan kejam itu hanya kerana tidak puas hati ekoran diperli mangsa.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Chik berkata, remaja perempuan berusia 19 tahun tersebut ditahan selepas tampil memberi keterangan di Balai Polis Telemog di sini pada pukul 7.30 pagi.

“Suspek pada mulanya mendakwa menemui mayat Siti Nur Surya tertiarap di ruang tamu sewaktu pergi ke rumah mangsa pada pukul 9.30 pagi semalam.

“Pun begitu, kita menahan suspek setelah mengesyaki suatu tidak kena apabila terdapat kesan lebam dan gigitan di beberapa bahagian badannya. Setelah disoal, suspeknya akhirnya mengaku membunuh mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Roslee berkata, berdasarkan keterangan awal suspek, dia pada mulanya pergi ke rumah Siti Nur Surya sekadar untuk bersembang kosong sebelum bertengkar.

Tambah beliau, suspek kemudian telah menyerang Siti Nur Surya sebelum berlaku pergelutan yang menyebabkan mangsa cedera ditetak di bahagian muka, leher dan dada. -K! ONLINE

 

No comments:

Post a Comment