Translate

Friday, November 13, 2020

Keropok Lekor Tok Molor tembusi pasaran antarabangsa

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Perusahaan Ke­ropok Lekor Tok Molor bercadang untuk meluaskan lagi pasaran eksportnya pada tahun depan.

Pengusahanya, Rapuan @ Shahruddin Abd. Rahman berkata, negara yang berminat membeli produk popular Terengganu itu adalah New Zealand, Jepun, Brunei, Indonesia, Australia dan Filipina.

“Permintaan untuk membekalkan 15 tan keropok lekor sejuk beku telah diterima untuk pengedaran setiap minggu dari semua negara tersebut.

“Ia kini berada dalam fasa akhir dan penghantaran di­jangka bermula pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian kilang Keropok Lekor Tok Molor yang disempurnakan Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Mohd. Huzairil Nizam Ismail di Pulau Kerengga di sini semalam.

Rapuan @ Shahruddin berkata, kilang Keropok Lekor Tok Molor yang dibina dengan kos kira-kira RM600,000 itu merupakan premis kedua yang dimiliki syarikat selepas lapan tahun beroperasi di Kampung Tok Molor, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, kedua-dua kilang yang mempunyai 160 tenaga kerja itu mampu menghasilkan sehingga 15 tan produk keropok lekor sehari.

“Sehingga kini, syarikat memiliki lebih daripada 200 ejen jualan di seluruh negara,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment