Translate

Sunday, July 1, 2018

Yahaya Ali dilantik Speaker DUN Terengganu

MOHD. AZLI ADLAN dan KAMARIAH KHALIDI

KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu, Yahaya Ali dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi Penggal Pertama Mesyuarat DUN Ke-14 hari ini.

Pelantikan Yahaya, 59, yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Marang dicadang oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat. 

Beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri pada tahun 1999 hingga 2004.

Seramai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengangkat sumpah sebagai ADUN. 

Majlis angkat sumpah itu dimulakan dengan Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang. 

Ia kemudian disusuli oleh 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Satiful Bahari (ADUN Paka), Dr. Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal), Mohd. Nor Hamzah (ADUN Bukit Payung), Azman Ibrahim (ADUN Jabi), Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (ADUN Ladang), Ariffin Deraman (ADUN Alur Limbat), Hanafiah Mat (ADUN Chukai), Wan Sukairi Wan Abdullah (ADUN Wakaf Mempelam), Dr. Mamad Puteh (ADUN Kuala Berang) dan Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman (ADUN Kota Putera). 

Selepas itu, 11 wakil rakyat Pas lain turut berbuat demikian diikuti 10 ADUN BN diketuai Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman (ADUN Seberang Takir). - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment