Translate

Monday, July 9, 2018

Geng giat pecah cermin kenderaan jemaah masjid tumpas

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Geng jenayah terdiri daripada penagih dadah yang giat melakukan kegiatan pecah kereta di pekarangan masjid sekitar bandar raya ini dan Kuala Nerus sejak Mac lalu berjaya ditumpaskan polis berikut penahanan tiga suspek termasuk seorang wanita pada Khamis lalu.

Kumpulan jenayah yang menggelarkan mereka sebagai Geng Pak Hitam itu dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya enam kes pecah kereta termasuk kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux milik bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah yang telah bersara pada dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar berkata, Geng Pak Hitam terbabit dipercayai memecah cermin kenderaan Toyota Hilux itu dan melarikan sebuah beg mengandungi beberapa kitab agama dan tafsir al-Quran sewaktu Mohd. Adnan sedang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Kuala Ibai di sini pada 25 Jun lalu.

"Ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 40 tahun berjaya dikesan dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta Suzuki Swift di kawasan tempat letak kereta sebuah masjid di Bukit Besar di sini pada pukul 5 pagi, 5 Julai lalu.


"Pemeriksaan di dua premis di Jalan Sultan Omar dan Bandar Baru Pulau Kambing di sini tidak lama selepas itu telah menemui kebanyakan barangan disyaki dicuri seperti tudung, buku, beg, telekung, kunci pendua kereta, beg tangan, kitab agama dan pakaian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment