Translate

Wednesday, July 4, 2018

Keluarga pilu terima berita kematian tragis Adam Raqyal

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Keluarga bapa Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif pilu dan tergamam kehilangan bayi berusia lima bulan itu dalam keadaan tragis hanya seminggu selepas dijaga pengasuh di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor semalam.

Ibu saudaranya, Nadia Mohd. Fauzi, 32, berkata, sebelum ini Adam Rayqal dipelihara keluarganya yang menetap di Taman Chendering Utama di sini sebelum ibu bapa bayi tersebut, Mohd. Sufi Naeif Mohd. Fauzi, 28, dan Farrah Madihah Othman, 28, menemui pengasuh baru-baru ini.

Nadia yang juga kakak kedua kepada Mohd. Sufi Naeif berkata, mereka sekeluarga membantu menjaga Adam Raqyal sementara ibu bayi itu yang perlu bertugas sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur selepas habis berpantang mencari pengasuh yang sesuai.

"Ibu Adam Rayqal (Farrah Madihah) hanya dapat pulang beraya ke kampung pada 6 Syawal kerana perlu bertugas pada Aidilfitri. Beliau dan adik saya (Mohd. Sufi Naeif) kemudiannya membawa pulang bersama Adam Rayqal lebih seminggu lalu selepas cuti raya.

"Kami sekeluarga termasuk saya memang rapat dengan Adam Rayqal yang berada di dalam jagaan kami sejak awal Ramadan, tambahan pula dia (Adam) cucu lelaki pertama dalam keluarga ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Taman Chendering Utama di sini hari ini.


Adam Rayqal Mohd. Sufi yang pada mulanya didakwa diculik ditemui mati di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada pukul 11 malam semalam. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment