Translate

Wednesday, July 4, 2018

Sultan Mizan mahu kedaulatan negeri terus dilindungi

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (gambar) bertitah agar kerajaan negeri yang kini diterajui Pas agar terus melindungi hak dan kedaulatan Terengganu sebagai pengeluar minyak serta gas utama di Semenanjung Malaysia.

Baginda bertitah, kerajaan negeri terdahulu telah menubuhkan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) pada Mei 2017 bagi melindungi hak serta kedaulatan negeri ke atas bahan api tersebut demi kepentingan rakyat dan negeri.

“Beta berharap TPC dapat digunakan sebagai platform untuk menangani urusan berkaitan royalti dan tuntutan hak Telaga Minyak Bertam, menambah pe­luang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat dalam industri minyak serta gas,” titah baginda.

Sultan Mizan bertitah demikian ketika menyampaikan titah ucapan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Ne­geri ke-14 di sini semalam.

Sultan Mizan juga berharap Jawatankuasa Hasil Negeri yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini dapat membuat kajian dan mengambil langkah agresif serta inovatif dalam me­ningkatkan kutipan hasil ne­geri.

Titah baginda, jawatankuasa itu juga harus mencari kaedah mengurangkan kebergantungan kepada royalti minyak dan gas kerana jumlah pendapatan hasil negeri berkura­ngan sehingga 40 peratus setiap tahun sejak 2016 berikutan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia.

No comments:

Post a Comment