Translate

Sunday, July 8, 2018

Henti sebar gambar tragis Adam

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mohd. Sufi Naeif Mohd. Fauzi merayu orang ramai khususnya netizen agar berhenti berkongsi gambar-gambar memaparkan kematian tragis anak tunggalnya, Adam Rayqal di media sosial.

Mohd. Sufi Naeif, 28, berkata, penyebaran gambar-gambar yang tidak sepatutnya itu amat menyayat hati dan menyinggung perasaan ahli keluarganya.

“Kalau ada yang share (kongsi) gambar-gambar Adam Rayqal yang tidak sepatutnya, minta tolong hormatilah privasi Allahyarham dan keluarga kami,” katanya ketika ditemui bersama isterinya, Farrah Madihah Othman, 28, selepas upacara pengebumian Adam Rayqal di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam di sini kelmarin.

Semalam Kosmo! me­laporkan, bayi berusia lima bulan tersebut yang didakwa dilarikan individu tidak dikenali ditemui mati di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Se­langor, Selasa lalu.
Sementara itu, Pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar menggesa pihak berkuasa mengkaji semula dan menambah baik penguatkuasaan undang-undang dan akta berkaitan taman asuhan kanak-kanak.

“Ini bukan kejadian kali pertama. Masalah timbul apabila penjaga bayi tidak berdaftar dan menyukarkan pihak berkuasa untuk membuat pemantauan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam.

No comments:

Post a Comment