Translate

Tuesday, July 10, 2018

Tiga lelaki disyaki 'bookie' perlawanan bola Sepak Piala Dunia 2018 Rusia ditahan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Tiga lelaki dipercayai 'bookie' perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 Rusia ditahan polis menerusi Ops Soga dalam tiga serbuan berasingan di bandar raya ini baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 36 tahun itu di berkas sewaktu dipercayai sedang leka menerima pertaruhan bola sepak yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM30,000.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan pada 28 Jun, 2 Julai dan 4 Julai lalu di beberapa pusat hiburan di sekitar bandar raya ini.

"Sewaktu ditahan, kita percaya mereka secara berasingan sedang menerima pertaruhan sewaktu berlangsungnya aksi di peringkat kumpulan, pusingan kedua dan suku akhir Piala Dunia 2018 Rusia.


"Ini kali pertama penangkapan melibatkan serbuan Ops Soga dilaporkan di Terengganu. Sebelum ini, kita tidak pernah menerima sebarang laporan perjudian bola sepak termasuk pada penganjuran Piala Dunia edisi-edisi terdahulu," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment