Translate

Friday, July 6, 2018

‘Adam ingat pesan mama, jaga diri di sana’

KUALA LUMPUR – “Adam sayang...sejuk ya dalam peti itu. Tak apa sayang nanti masuk syurga semua indah-indah yang Adam dapat.”

Itu antara luahan Farrah Madihah Othman, 28, ibu kepada bayi lelaki berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang ditemui mati di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya kelmarin.

Luahan Farrah Madihah itu dikongsi menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya selepas berita mengenai penemuan mayat Adam Rayqal di dalam peti sejuk menjadi tular di media sosial.

“Ingat pesan mama, jaga diri kat sana.

“Nanti mama papa datang ye sayang kita mandi buih lagi.. Innalillahiwainnalillahirojiun,” katanya dalam Facebook menggunakan nama Farah Madi semalam.
Farah yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan, saudara-mara dan rakyat Malaysia kerana bersama-sama berusaha mencari Adam dan memohon kebaikan buat anaknya.

Sementara itu, bapa saudara kepada ayah mangsa, Abdul Rahim Ismail, 54, ketika ditemui di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di HKL semalam memaklumkan, jenazah cucu saudaranya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam semalam.

Di Kuala Terengganu, ibu saudara mangsa, Nadia Mohd. Fauzi, 32, berkata, Adam Rayqal sebelum ini dijaga oleh keluarganya yang menetap di Taman Chendering Utama di sini sebelum ibu bapa bayi tersebut menemui pengasuh ba­ru-baru ini.

“Kami membantu menjaga Adam Rayqal yang lahir pada 9 Februari lalu sebelum dia dibawa oleh keluarganya ke Kuala Lumpur selepas bercuti Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

No comments:

Post a Comment