Translate

Monday, July 2, 2018

Sultan Mizan mahu hak dan kedaulatan Terengganu dilindungi

MOHD. AZLI ADLAN dan KAMARIAH KHALIDI

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar kerajaan negeri yang kini diterajui Pas terus melindungi hak dan kedaulatan Terengganu sebagai pengeluar minyak dan gas utama di Semenanjung Malaysia.

Baginda bertitah, kerajaan negeri terdahulu telah menubuhkan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) bagi melindungi hak dan kedaulatan negeri ke atas bahan api tersebut demi kepentingan rakyat dan negeri pada Mei 2017.

"Beta berharap TPC dapat digunakan sebagai platform untuk menangani urusan berkaitan royalti dan tuntutan hak Telaga Minyak Bertam serta menambah peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat dalam industri minyak dan gas," titah baginda.

Baginda bertitah demikian sewaktu menyampaikan titah ucapan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini hari ini.

Sultan Mizan bertitah, baginda juga berharap Jawatankuasa Hasil Negeri yang ditubuhkan kerajaan negeri dapat membuat kajian dan mengambil langkah agresif dan inovatif dalam menambah dan meningkatkan kutipan hasil negeri. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment