Translate

Monday, July 9, 2018

APMM tahan dua lagi bot nelayan Vietnam di perairan Terengganu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan 40 bot nelayan Vietnam melibatkan rampasan lebih RM50.5 juta di perairan Terengganu dan Pahang sejak awal tahun ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Rahim Ramli berkata, kejayaan itu termasuk dua bot nelayan Vietnam yang ditahan kerana disyaki menceroboh perairan negara pada kelmarin.

Beliau berkata, penahanan dua bot nelayan asing di dua lokasi iaitu 33 dan 39 batu nautika dari muara Kuala Terengganu tersebut berjaya merampas hasil laut dan peralatan menangkap ikan dianggarkan berjumlah RM2.4 juta.

"Rampasan itu turut merangkumi setan ikan pelbagai jenis, setan ikan baja, 2.5 tan sotong dan 10,000 liter minyak diesel.

"Sewaktu ditahan kapal APMM di kedua-dua lokasi berkenaan, kedua-dua bot nelayan Vietnam itu dipercayai baru selesai menangkap ikan secara haram dengan menggunakan pukat tunda gading," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.


Rahim berkata, operasi terbabit turut berjaya menahan 21 nelayan warga Vietnam berusia dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment