Translate

Saturday, December 14, 2024

Doktor gigi rugi RM269,000 diperdaya scammer

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Gara-gara terperdaya dengan sindiket penipuan kononnya nombor telefonnya digunakan untuk aktiviti penipuan, seorang doktor gigi kerugian RM269,000.

Selain wang simpanan, sebahagian kerugian tersebut merupakan pinjaman bank yang dibuat mangsa yang merupakan wanita berusia 26 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md. Sani Md. Salleh berkata, pada mulanya, doktor gigi itu menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa kononnya daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) pada pukul 12 tengah hari, 12 Oktober lalu.

“Mangsa terkejut apabila dimaklumkan kononnya nombor telefonnya telah digunakan untuk tujuan penipuan di sekitar Kuantan, Pahang sebelum panggilannya disambung pula kepada individu lain kononnya pegawai polis.

“Dia kemudiannya didakwa kononnya disyaki sebagai keldai akaun dengan akaun banknya terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram,” katanya di sini hari ini.

Md. Sani berkata, biarpun menafikan dakwaan itu, wanita tersebut mendakwa telah diarahkan suspek untuk membuat laporan polis secara atas talian.

Tambah beliau, doktor gigi berkenaan juga diarahkan memasukkan wang RM269,000 ke dalam sembilan akuan bank berasingan kononnya sebagai jaminan bagi menyelesaikan kes.

“Mangsa yang terperdaya telah menurut arahan suspek menerusi 15 transaksi ke dalam akaun bank berkenaan.

“Dia akhirnya menyedari tertipu sebelum membuat laporan polis. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment