Translate

Thursday, December 5, 2024

Banjir: Mangsa di Terengganu meningkat kepada 8,215 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 8,215 orang daripada 2,399 keluarga di enam daerah di negeri ini.

Mereka berada di 132 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah di Terengganu kecuali Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Besut kekal daerah paling terjejas dengan 3,205 mangsa daripada 839 keluarga berada di 51 PPS.

“Seramai 2,039 mangsa daripada 713 keluarga pula berada 32 PPS di Hulu Terengganu.

“Sebanyak 28 PPS yang menempatkan 2,022 mangsa daripada 577 keluarga dibuka di Setiu,” katanya di sini hari ini

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, di Kemaman seramai 503 mangsa daripada 141 keluarga yang kini berlindung di 14 PPS.

Beliau berkata, seramai 344 mangsa daripada 102 keluarga berada di lima PPS di Dungun.

“Dua PPS pula dioperasi di Marang dengan 102 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan.

“Hujan lebat masih turun di kebanyakan kawasan di negeri ini dan ia dijangka berlarutan sehingga esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment