Oleh MOHD AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin memulih dengan mangsa di tempatkan di 31 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah tinggal 7,423 orang daripada 1,873 keluarga.
Kemaman menjadi daerah kedua selepas Besut pulih sepenuhnya pada lewat petang semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mangsa banjir teramai berada di Kuala Nerus dengan 4,266 mangsa daripada 1,126 keluarga masih berlindung di 13 PPS.
“Seramai 1,726 mangsa daripasa 397 keluarga pula berada di sembilan PPS di Dungun.
“Sebanyak lima PPS yang mempunyai 1,253 mangsa daripada 304 keluarga masih dibuka di Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Setiu mempunyai 95 mangsa daripada 18 keluarga yang berada di dua PPS.
Tambah beliau, seramai 50 mangsa daripada 16 keluarga berada di PPS Dewan Sivik Merchang.
“PPS Sekolah Kebangsaan Tanggol pula menjadi satu-satunya masih beroperasi di Hulu Terengganu dengan 33 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di dalamnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment