Translate

Monday, December 9, 2024

Setiu kembali dilanda banjir

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Setiu kembali dilanda banjir hari ini berikutan hujan lebat berterusan selama hampir sembilan jam.

Setakat pukul 12 tengah hari, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Bintang, Setiu telah dibuka.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, senario semasa itu menjadikan mangsa banjir gelombang pertama di negeri ini kini berjumlah 30 orang daripada tujuh keluarga.

“Kemaman kekal mempunyai 29 mangsa daripada enam keluarga yang masih berlindung di PPS Balai Raya Padang Kemunting.

“Setakat ini, seorang lelaki telah mendaftar masuk ke PPS Balai Raya Kampung Bintang, Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, pihaknya sedang bersiap siaga memandangkan hujan lebat masih turun di beberapa kawasan di negeri ini.

Terengganu mula dilanda banjir gelombang pertama pada pukul 2 petang Selasa lalu berikutan hujan lebat berterusan selama lebih 14 jam.

Lima daerah terjejas iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Marang dan Dungun. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment