Translate

Monday, December 16, 2024

Pinjaman RM75,000 tak dapat, simpanan RM228,205 pula yang lesap

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Hasrat seorang peniaga untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM75,000 bukan sahaja tidak kesampaian, malah wang simpanannya dan suami berjumlah RM228,205 lesap selepas diperdaya sindiket penipuan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md. Sani Md. Saleh berkata, wanita berusia 29 tahun itu tertarik dengan iklan pinjaman peribadi yang dilihatnya di laman Facebook pada 15 November lalu.

Mangsa kemudian menekan satu pautan sebelum berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp pada pukul 8.50 malam, keesokan harinya.

“Wanita itu berminat memohon pinjaman peribadi sebanyak RM75,000 dan diarahkan suspek untuk menghantar salinan kad pengenalan, bil elektrik, butiran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan penyata bank dua hari kemudian,” katanya hari ini.

Md. Sani berkata, mangsa kemudian menyerahkan dokumen berkenaan serta wang seperti yang diminta oleh suspek. Kesemua wang berjumlah RM228,205 itu dimasukkan ke dalam enam akaun bank menerusi 89 transaksi.

“Mangsa hanya berkomunikasi dengan suspek menerusi WhatsApp sebelum menyedari ditipu semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment