Translate

Sunday, December 15, 2024

Bapa, anak perempuan didakwa buat maksiat bersama pasangan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas pertuduhan berasingan melakukan persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing.

Mat Husin Sulaiman, 53, yang merupakan tukang urut dan pasangannya, Aslina Razali, 37, didenda RM4,500 atas kesalahan melakukan persediaan persetubuhan luar nikah oleh Hakim Syarie Mohd. Nazri Yusof.

Anak perempuannya, Nurul Hadhari, 20, pula dan pasangannya, Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, 20, didenda masing-masing RM3,000 dan RM4,000 oleh Hakim Syarie Hamidi Syafie atas kesalahan berkhalwat buat kali kedua.

Anak perempuannya, Nurul Hadhari, 20, pula dan pasangannya, Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, 20, didenda masing-masing RM3,000 dan RM4,000 oleh Hakim Syarie Hamidi Syafie atas kesalahan berkhalwat buat kali kedua.

Berdasarkan pertuduhan, Mat Husin dan Aslina didakwa melakukan persediaan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud di sini pada pukul 5.25 petang, 19 Mei lalu.

Sementara itu di mahkamah berasingan, Nurul Hadhari dan Che Mohammad Aidil Hakim pula didakwa berkhalwat buat kali kedua di sebuah rumah pangsapuri di Jalan Batas Baru di sini pada pukul 4.14 pagi, 18 Mac lalu.

Mereka yang kini sudah bergelar suami isteri sejak Julai lalu didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (Pindaan 2022).

Sebelum ini, Nurul Hadhari dan Che Mohammad Aidil ditangkap berkhalwat buat kali pertama di lokasi sama pada 1 Febuari lalu.

Mereka yang masih bergelar pelajar kolej masing-masing didenda RM1,900 dan RM2,000 bagi kesalahan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 21 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment