Oleh MOHD AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang seterusnya melanda Terengganu sejak Isnin lalu hampir pulih sepenuhnya dengan mangsa yang masih menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) hanya tinggal empat orang.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, empat sekeluarga tersebut berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Baru Kemaman.
“Baki 76 mangsa lain telah pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat setelah banjir surut sepenuhnya.
“Selain Dewan Orang Ramai Kampung Baru, sebahagian penduduk itu sebelum ini berada di PPS Balai Raya Padang Kemunting, Kemaman,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, seramai lebih 5,000 penduduk di daerah Kemaman dan Dungun terjejas dengan banjir gelombang seterusnya yang melanda Terengganu bermula lewat malam Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment