Translate

Wednesday, December 11, 2024

Banjir merebak ke Hulu Terengganu, Marang dan Setiu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu hari ini telah merebak ke tiga daerah lain iaitu Hulu Terengganu, Marang dan Setiu selain Kemaman.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 212 mangsa telah dibuka secara rasmi di keempat-empat daerah terbabit.

“Tiga PPS yang menempatkan 97 mangsa daripada 22 keluarga telah dibuka di Kemaman.

“PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik, Balai Raya Kampung Meraga Beris dan Dewan Orang Ramai Kampung Labohan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 53 mangsa daripada 14 keluarga pula berada di tiga PPS di Hulu Terengganu iaitu Balai Raya Kampung Kemat, Balai Raya Kampung Ceting dan Balai Raya Kampung Bukit Kolam.

Tambah beliau, Setiu pula mempunyai 49 mangsa daripada 14 keluarga yang kini berlindung di PPS Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap.

“Sebuah PPS dibuka di Marang iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai yang kini menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment