Translate

Sunday, December 8, 2024

Siap sedia kemungkinan banjir lebih besar

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menempatkan aset helikopter di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai di sini sebagai persiapan menghadapi kemungkinan banjir yang lebih besar di Pantai Timur.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kemudahan helikopter itu bagi memudahkan anggotanya bergerak ke kawasan bencana dengan lebih cepat sekiranya berlakunya banjir luar jangka.

“Kita memberi penumpuan kepada Pantai Timur berikutan ramalan fenomena air pasang besar pada 27 dan 29 November ini serta 15 hingga 17 Disember depan.

“Kekuatiran kita hujan lebat akan turun di kawasan-kawasan telah tepu air dan longkang sudah penuh (ekoran banjir gelombang pertama bermula 19 November lalu),” katanya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis Tamat Latihan Kursus Sains Kebombaan Siri 1/2024 melibatkan 205 pelatih.

Nor Hisham berkata, paras banjir di kawasan tepu air itu berisiko naik mendadak ekoran episod hujan lebat kedua beserta fenomena air pasang besar berkenaan.

Beliau berkata, JPBM juga akan menempatkan aset dan aggota bomba di kawasan berisiko banjir besar lebih awal sebaik menerima maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam perkembangan sama, Nor Hisham memberitahu, cuti hampir 6,000 anggota bomba di lima negeri berisiko iaitu Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak akan dibekukan serta-merta sebaik berlaku banjir luar jangka. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment