Translate

Wednesday, December 11, 2024

KPDN perbanyak program Jualan Rahmah Madani bantu mangsa banjir

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyakkan program Jualan Rahmah Madani (PJRM) bagi meringankan beban mangsa yang terjejas banjir di seluruh negara.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tumpuan akan diberikan di kawasan yang baru pulih daripada banjir gelombang pertama baru-baru ini.

Beliau berkata, penganjuran PJRM tersebut tersebut bertujuan membantu mangsa banjir terkesan memperolehi barangan keperluan dan makanan pada harga lebih murah daripada pasaran.

“Kita tahu mereka yang menghadapi bencana (banjir) ini terkesan, menanggung kerugian.

“Sekurang-kurangnya PJRM dengan harga subsidi antara 10 hingga 30 peratus tersebut sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Puteh di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan Bank Makanan kepada 83 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menghuni asrama sekolah terbabit.

Armizan berkata, pelan kontingensi penganjuran PJRM tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama pejabat cawangan KPDN dan jawatankuasa pengurusan bencana di kawasan terjejas banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu sebanyak 1,369 peruncit terpilih daerah (DDR) dan 160 pemborong terpilih daerah (DDW) di seluruh negara telah dilantik KPDN bagi mengelakkan keputusan bekalan barangan keperluan sepanjang musim tengkujuh ini.

“Setiap DDR dan DDW akan dibenarkan untuk menyimpan bekalan stok tambahan sehingga kadar 30 peratus daripada had simpanana ditetapkan dalam lesen.

“Pelan kontingensi ini bagi menggelakkan gangguan bekalan sekali gus mengekang berlakunya peningkatan harga keterlaluan akibat bekalan berkurangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment