Oleh MOHD AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak Selasa lalu memulih sedikit dengan hanya dua daerah iaitu Marang dan Dungun terjejas pada masa ini.
Mangsa banjir di empat daerah lain iaitu Hulu Terengganu, Besut, Kemaman dan Setiu pula telah dibenar pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai petang semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, 228 mangsa daripada 43 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Marang dan Dungun.
“Seramai 191 mangsa daripada 36 keluarga masih berlindung di empat PPS di Marang.
“Mereka berkata di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, Dewan Sivik Wakaf Tapai, Dewan Sivik Wakaf Tapai dan Dewan Sivik Merchang,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, sebanyak dua PPS iaitu Balai Raya Alor Mak Bah dan SK Tok Kah masih beroperasi di Dungun.
Beliau berkata, kedua-dua PPS tersebut mempunyai 37 mangsa daripada tujuh keluarga.
“Cuaca mendung di kebanyakan kawasan negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment