Translate

Friday, December 6, 2024

Mangsa banjir Terengganu tinggal 1,692 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu semakin pulih dengan hanya 1,692 mangsa daripada 428 keluarga masih berada di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Tiga daerah yang masih terjejas ialah Kuala Nerus, Kuala Terenganu dan Setiu manakala Hulu Terengganu, Marang dan Dungun pula telah pulih sepenuhnya secara berperingkat, petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, seramai 1,429 mangsa daripada 286 keluarga masih berada di lapan PPS di Kuala Nerus.

“Kuala Terenganu pula masih mempunyai 183 mangsa daripada 41 keluarga. Mereka masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, sebanyak dua PPS iaitu SK Kampung Telaga Papan dan SK Rhu Sepuluh pula masih beroperasi.

Beliau berkata, kedua-dua PPS mempunyai 80 mangsa daripada 14 keluarga. – KOSMO! ONLINE


No comments:

Post a Comment