Translate

Tuesday, December 6, 2022

UMT tubuh Sekolah Rimba cambah minat belajar Orang Asli

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil inisiatif membantu menarik minat belajar dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli Kampung Sungai Berua di sini menerusi projek Sekolah Rimba.

Timbalan Pengarah, Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL), UMT, Prof. Dr. Khatijah Omar berkata, sebuah pondok telah dibina yang menjadi pusat aktiviti pembelajaran santai buat 40 kanak-kanak Orang Asli berkenaan.

“Kita mengambil berat isu keciciran persekolahan dalam kalangan murid Orang Asli.

“Projek ini dilaksanakan dengan sokongan dana Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia dan individu yang prihatin dengan masa depan Orang Asli,” katanya di Sekolah Rimba Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

Khatijah berkata, Sekolah Rimba Kampung Sungai Berua turut memberi fokus terhadap kemahiran membaca, menulis dan mengira yang masih menjadi kekangan buat murid Orang Asli terbabit khususnya tahap Satu.

Tambah beliau, pihaknya telah merangka 20 slot pembelajaran santai dalam tempoh dua tahun bagi menarik minat golongan sasaran untuk mencintai ilmu.

“Antara pengisian slot pembelajaran berkenaan adalah hutan ini milik kita, pasar orong, jom masuk hutan, menyanyi bersama, mencari harta karun dan sesi bercerita.

“Alhamdulillah, setakat empat slot pembelajaran santai yang telah dilaksanakan
ini, rekod kehadiran memberangsangkan dengan mencapai tahap 85 peratus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment