Translate

Sunday, December 18, 2022

Banjir: Mangsa meningkat kepada 659 orang di Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 659 mangsa daripada 168 keluarga melibatkan lima daerah.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir selain Setiu kembali membuka satu pusat pemindahan sementara (PPS) pada malam tadi.

“Kemaman kekal menjadi daerah paling terjejas dengan 305 mangsa daripada 74 keluarga masih ditempatkan di empat PPS.

“Dua PPS pula masih dibuka di Kuala Nerus dengan 216 mangsa daripada 54 keluarga masih berlindung di dalamnya,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya,  seramai 92 mangsa banjir pula berada di dua PPS di Kuala Terengganu.

Tambah beliau, di Dungun dua PPS baru dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Kah dan Dewan Sivik Seberang Pintasan dengan menempatkan 42 mangsa.

“Sebuah PPS baharu juga dibuka di Balai Raya Kampung Merang, Setiu melibatkan empat sekeluarga.

“Setakat ini hujan masih lagi turun di beberapa tempat di seluruh negeri ini selain fenomena air pasang besar diramal berlanjutan sehingga lusa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment