Translate

Friday, December 23, 2022

Wanita muda derita asma kronik, tiroid

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Dahulunya Fatin Noor Shahiera Mohd. Fadzli merupakan ibu muda yang cergas dan berdikari, namun segalanya berubah selepas diuji sakit tujuh bulan lalu. 

Fatin Noor Shahiera, 25, yang memiliki dua anak berusia sembilan dan lima tahun kini lemah dan semput sehingga terpaksa berehat ekoran penyakit asma kronik dan tiroid yang dialaminya. 

“Pada mulanya, saya dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu kerana sesak nafas, Mac lalu.

 “Pemeriksaan mendapati saya menghidap penyakit tiriod dan merebak hingga mengganggu saluran pernafasan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil di sini baru-baru ini. 

Fatin Noor Shahiera memberitahu, pemeriksaan mendapati sebahagian rongga mukanya bernanah disebabkan tiriod selain paru-paru berair.

 Tambahnya, selain rawatan susulan di Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah setiap bulan, dia juga terpaksa bergantung dengan 15 ubat-ubatan setiap hari. 

“Sekarang saya kerap diserang asma terutama waktu malam. Doktor menasihatkan membeli mesin oksigen berharga RM5,000 untuk kegunaan di rumah. 

“Risau juga jika terkena serangan asma, lagipun Hospital Hulu Terengganu jauh,” katanya. 

Suaminya, Mohd. Sabri Mohamad Ali, 51, pula bekerja sebagai tukang kebun. 

Fatin Noor Shahiera memaklumkan, dia perlu menjalani sekurang-kurangnya tiga pembedahan bagi merawat penyakit tiriod, membuang nanah pada rongga muka serta lebihan air pada paru-paru. 

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulur sumbangan menerusi akaun bank Fatin Noor Shahiera bernombor 163037263301 (Maybank) atau menghubunginya di talian 011- 369 99311

No comments:

Post a Comment