Translate

Wednesday, December 21, 2022

Keluarga asnaf syukur terima rumah Maidam

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Sebuah keluarga asnaf miskin bersyukur impian untuk memiliki rumah sendiri yang terpendam sejak belasan tahun lalu akhirnya tercapai. 

Maliani Mohamad, 34, berkata, kesempitan hidup membuatkan dia sekeluarga tidak pernah bermimpi untuk memiliki rumah sendiri sehingga permohonan mereka diluluskan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) beberapa bulan lalu. 

“Sebelum ini, kami suami isteri bersama empat anak berusia empat hingga 14 tahun menumpang teduh di rumah ibu yang turut diduduki empat adik-beradik lain. 

“Kami tiada pilihan lain setelah gagal membayar sewa rumah selepas suami (Azmi Ismail) kehilangan kerja sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya ketika ditemui di rumah baharunya di Kampung Mengabang Panjang di sini semalam. T

erdahulu, wanita itu menerima replika kunci rumah tersebut daripada Penolong Setiausaha Promosi Maidam, Muhamad Syarif Omer.

 Maliani yang juga suri rumah berkata, penerimaan rumah tersebut bagi mereka bagaikan hadiah tahun baharu 2023 yang bakal tiba kira-kira dua minggu lagi. ]

Sementara itu, Muhamad Syarif memberitahu, Maidam meluluskan sebanyak 81 permohonan membina dan membaik pulih rumah asnaf berkelayakan di seluruh Terengganu sepanjang tahun ini. 

Jelas beliau, ia melibatkan peruntukan keseluruhan RM4.7 juta menggunakan wang diterima Maidam daripada pembayar zakat. 

“Setiap pemohon terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf yang layak akan menerima rumah tiga bilik berharga RM80,000,” katanya

No comments:

Post a Comment