Translate

Saturday, December 17, 2022

Pengusaha kedai runcit seludup rokok diberkas

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Seorang pengusaha kedai runcit ditahan kerana terlibat aktiviti pengedaran rokok seludup di sebuah premis di Taman Desa Pusu 3, Gong Badak di sini semalam.

Serbuan pada pukul 3.30 pagi itu berjaya merampas 563 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM23,000.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, siasatan percaya suspek berusia 37 tahun mendapat bekalan rokok daripada sindiket penyeludupan.

“Dia kemudiannya menyimpan rokok seludup itu di premis berkenaan sebelum menjual semula di kedai runcit miliknya.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti sindiket penyeludupan rokok terbabit,” katanya di sini hari ini.

Wan Rukman berkata, pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah kes dadah. Dia direman sehingga 23 Disember ini mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment