Translate

Saturday, December 31, 2022

Banjir: 36 penduduk Kampung La masih berada di PPS

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seramai 36 mangsa banjir Terengganu masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS), Masjid Kampung La, Besut, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, ia mencatatkan penurunan daripada 53 mangsa yang ditempatkan di PPS tersebut, sebelum ini.

“Seramai 17 orang daripada empat keluarga telah kembali ke rumah masing-masing pada hari ini.

“Selebihnya, lapan keluarga masih lagi berlindung ke PPS Masjid Kampung La,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan sebahagian besar kediaman keluarga terbabit musnah sepenuhnya dalam kejadian banjir besar melanda perkampungan berkenaan pada 18 Disember lalu.

Kampung La merupakan antara penempatan paling teruk terjejas dalam gelombang pertama banjir yang melanda Terengganu.

Bencana itu telah menjejaskan lebih 41,000 penduduk di seluruh lapan daerah di negeri tersebut. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment