Translate

Friday, December 9, 2022

Mahkamah: Dipenjara enam bulan kerana ugut sebar gambar bogel bekas kekasih

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gara-gara mahu mengugut mahu menyebar gambar bogel bekas teman wanita, seorang juruteknik penyaman udara dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood memerintahkan demikian selepas tertuduh, Wan Azuan W. Ismail, 29, selepas membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara di Penjara Marang dari tarikh dia ditangkap pada 15 Oktober lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap bekas teman wanitanya.

Dia didakwa menghubungi wanita berusia 22 tahun berkenaan sebelum mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Tok Adis, Kuala Ibai di sini pada pukul 7.48 pagi, 25 Januari lalu.

Wan Azuan didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment