Translate

Saturday, December 31, 2022

Banjir: Hulu Terengganu, Dungun kembali terjejas

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu hari ini meningkat kepada 47 orang daripada 13 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, daerah Hulu Terengganu dan Dungun kembali dilanda banjir berikutan hujan lebat pada malam tadi.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Hulu Terengganu iaitu Balai Raya Kampung Perih dan Balai Raya Kampung Ceting.

“Seramai 20 mangsa daripada enam keluarga telah dipindahkan ke dua PPS berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya lagi, Dungun pula mempunyai empat mangsa daripada satu keluarga yang berada di PPS Masjid Kampung Jongok Batu.

Tambah beliau, situasi banjir di Kuala Terengganu pula tidak banyak berubah dengan 23 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di PPS SK Atas Tol.

“Langkah berjaga-jaga diambil memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment